Mengapa ada tetingkap timbul? Adakah ia menjejaskan keselamatan saya?
Akhir-akhir ini, kami menerima pertanyaan daripada ahli kami yang bertanyakan tentang keperluan tetingkap timbul untuk menjawab tinjauan LifePoints, dan bagaimana ini boleh menjejaskan keselamatan mereka.
Kami memahami situasi ini – malangnya – tetingkap timbul tertentu direka untuk menipu anda supaya menghubungi nombor telefon palsu, atau supaya anda klik pada pautan tertentu yang boleh memuat turun perisian hasad.
Ini BUKAN situasi yang sama dengan LifePoints dan tidak akan jadi begitu.
Bukan semua tetingkap timbul bertujuan mahu menjangkiti komputer anda. Di LifePoints kami menggunakan tingkap timbul untuk meningkatkan pengalaman ahli anda, agar anda tidak perlu menavigasi dari papan pemuka utama apabila menjawab tinjauan anda. Tingkap timbul kami adalah sah dan tidak menjejaskan keselamatan anda dengan apa cara sekalipun.
Sesetengah pelayar mempunyai tetapan yang membolehkan anda menyahsekat tetingkap timbul. Walau bagaimanapun, adalah sentiasa berkemungkinan untuk memilih laman web yang anda tahu memang selamat. LifePoints ialah salah satu daripada laman web yang selamat. Dengan menambahkan LifePoints ke senarai selamat laman web anda, anda masih boleh menghapuskan iklan yang tidak diingini, tetingkap timbul dan perisian hasad yang digunakan pada laman web yang mencurigakan.
Sila pergi ke sini untuk memeriksa arahan mengenai cara melumpuhkan penyekat tetingkap timbul untuk LifePoints sambil memastikan ia diaktifkan untuk melindungi anda dari laman web yang tidak boleh dipercayai. Jangan lupa, tetingkap timbul perlu didayakan pada peranti mudah alih dan desktop untuk menjawab tinjauan LifePoints.